Tuesday, August 18, 2009

Chicken Chop



Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara memasak:

1. Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin.
2. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi.
3. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam.
4. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat.
5. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

p/s : Selamat mencuba!

Laksam



Bahan-Bahan:

Kuah:-
Ikan Selayang/Sardin - 4/5 ekor
Kelapa - 1 biji
Lada hitam
Bawang merah
Garam secukup rasa

Ulam:-
Taugeh
Timun
Kobis
Kacang Panjang
Daun kesom

Laksam:-
Tepung beras - 1 paket
Tepung gandum- 3 atau 4 sudu besar

Cara memasak:

Untuk Kuah:-
1. Rebus ikan
2. Asingkan isi ikan dan tumbuk hingga lumat dengan lada hitam & bawang merah.
3. Masukkan santan & panaskan atas api.
4. Jangan masak sampai mendidih.

Untuk Laksam:-
1. Bancuh bahan & tuangkan di atas tudung periuk.
2. Kukuskan & bila agak masak, kopek tepi laksam dengan sudu & biarkan ia bergulung. Sejukkan dalam pinggan.
3. Bila Sejuk baru potong.

Cadangan Hidangan:

Cara hidangan:-
Masukkan laksam dalam pinggan, tabur ulam, sambal belacan dan tuang kuah.
Perahkan limau nipis.

p/s : Selamat mencuba!

Mee Udang



Bahan-Bahan:

1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara memasak:

1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.

3. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

4. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

5. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

6. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

p/s : Selamat mencuba!

Mee Hailam



Bahan-Bahan:

½ kilo mee kuning
3 ulas bawang putih, ditumbuk
3 sudu besar minyak masak
2 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar sos tiram
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 ½ cawan air
100 gm daging
100 gm ayam
6 ekor udang sederhana besar
2 ekor sotong, dipotong bulat
½ batang carrot, dipotong bulat
1 pokok sawi, dipotong
4 batang jagung muda, dipotong memanjang
5 biji cendawan butang, dipotong dua
4 biji cili padi diketuk
½ sudu teh serbuk lada putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan tepung jagung. Kacau sebentar.
2. Kemudian masukkan air, sos tiram dan serbuk pati ayam. Apabila kuah mendidih, masukkan daging, ayam, udang dan sotong.
3. Kemudian, masukkan garam, gula dan serbuk lada putih secukup rasa. Apabila sudah empuk, masukkan lobak merah, sawi, jagung muda, cendawan butang dan cili padi. Kacau selama 2 minit.

p/s : Selamat mencuba!

Monday, August 10, 2009

TEPUNG PELITA



Bahan-bahan:-

lapisan bawah:
tepung gandum
gula
air
air daun pandan/pewarna hijau

lapisan atas:
santan pekat
tepung gandum

Caranya :

lapisan bawah :
1. bancuh tepung gandum, air dan air daun pandan sampai sebati tidak berketul2..
2. tapiskan dan kacau supaya ia sebati adunan jgn pekat biarkan ia cair sederhana. (bancuhannya macam kita buat kuih tepung talam.. tapi jgn keras)

lapisan atas :
1. santan di bancuh dengan sedikit tepung gandum.
2. Kukus

mula2 bubuhkan gula sesudu ke dlm acuan kemudian letakkan lapisan bawah ke atasnya.. jgn byk sangat dan kukuskan dan biarkan ia masak sedikit.. lepas tu bubuhkan lapisan atas.
Kukus sampai masak.
Bila ia masak hidangkan.. dan selalunya ia akan berair sebab gulanya sudah cair.
Acuannya hendaklah dibuat menggunakan daun pisang yg telah dilayur.

p/s : Selamat mencuba!

RENDANG AYAM



Bahan Pertama :

1 ekor ayam yg sedang besarnya
½ cawan minyak masak ( utk tumis )
2-3 helai daun kunyit
3-4 sudu rempah kari
1 cawan santan pekat
¼cawan kerisik
garam secukup rasa

Bahan utk dikisar :

3 btg serai
4 hiris lengkuas
20 tangkai chili kering
10 biji chili merah
½in kunyit
½in halia
10-15 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara-cara :

1. Tumis bahan-bahan yg telah dikisar, kemudian masukkan serbuk kari.
2. Setelah 1-2 minit masukkan ayam dan daun kunyit.
3. Masukkan santan kelapa, biarkan sehingga ayam empuk, kemudian masukkan kerisik dan garam mengikut rasa.

p/s : Selamat mencuba!

AYAM PERCIK



Bahan Pertama :

1 ekor ayam yg sedang besarnya
½ inci halia
5 ulas bawang merah
4 tangkai lada kering
garam secukup rasa

Bahan Kedua:

10 ulas bawang merah
3 tangkai lada kering
asam jawa secukup rasa
½inci belacan
2 biji kelapa diambil santannya

Cara-cara :

1. Kesemua bahan pertama kecuali ayam ditumbuk halus dan disapukan pada ayam hingga rata Bakar ayam selama ½jam.
2. Dari bahan kedua bawang merah, lada kering dan belacan ditumbuk halus
3. Masukkan kedalam santan bersama asam jawa & gula.
4. Kacau hingga santan menjadi pekat diatas api yang perlahan.
5. Sapukan santan pekat serata ayam yang telah dibakar tadi dan bakar semula selama 20 minit.

p/s : Selamat mencuba!