Tuesday, July 28, 2009

SOLOK LADA

Bahan-bahan:

10 tangkai cili solok @cili hijau dibelah bhgian tepinya dan direndam dalam bancuhan air teh tanpa gula
2inchi halia
10 biji bwg merah
4 ekor ikan kembong
500gm kelapa parut muda
sedikit santan cair utk merebus solok lada gula
garam secukup rasa

Cara-cara membuat:

1. asingkan isi ikan kembong dari tulangnya dan tumbuk isi ikan td bersama dengan bwg dan halia.
2. tambah gula dan garam secukup rasa dan masukkan kelapa parut.
3. tumbuk sehingga bhn2 td lumat.
4. kemudian ambil bhn yg telah ditumbuk td dan dimasukkan ke dalam cili yg telah dibelah.
5. apabila telah siap kesemuanya, bolehlah cili tersebut direbus dengan air santan cair yg telah dimasukkan sedikit gula dan garam..

p/s : Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment